Artikel

Mulai 9 Ogos – Kadar Subsidi Harga Padi Naik Kepada RM500, Bantu Pesawah Tingkat Pendapatan 

Untuk terus melindungi kebajikan para pesawah negara, kadar subsidi harga padi kelak akan dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 bagi setiap metrik tan mulai 9 Ogos ini.

Aturan melalui pengumuman rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu secara langsung akan membolehkan para pesawah meningkatkan pendapatan mereka, sekurang-kurangnya RM1,700 bagi setiap metrik tan padi yang dituai. Ini secara langsung akan memberi galakkan kepada pesawah untuk tingkatkan produktiviti pengeluaran mereka di pasaran negara.

Melalui tindakan itu, sejumlah RM360 juta dana tambahan akan disalurkan dan membawa kepada jumlah peruntukan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) secara menyeluruh ini sekitar RM1 bilion setahun.