Seramai 41,970 veteran yang tidak berpencen berusia 60 tahun – bakal menerima manfaat dana Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan, mulai September kelak.
Mengikut makluman rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali, langkah ini telah dicapai melalui kesepakatan di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam. Insentif ini dimaklumkan akan melibatkan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM151.1 juta setahun.
Buat pengetahuan sebelum ini, faedah tersebut hanya tersedia buat veteran tidak berpencen di usia 80 tahun sahaja, namun setelah mengambilkira faktor semasa dan persekitaran ekonomi yang memberi kesan kepada penjawat awam – maka pentadbiran telah bersetuju meluaskan dana tersebut kepada veteran berusia 60 tahun.