Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) di Malaysia kini menunjukkan berlakunya peningkatan 2.7% kepada 114.9 mata pada suku kedua 2023 berbanding 11.9 mata bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.
Kenaikan ini mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah disumbang hasil kenaikan kos subsektor perkhidmatan seperti Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman 7.0%. Persekitaran itu disumbang oleh peningkatan dalam indeks Restoran & Aktiviti Perkhidmatan Makanan Bergerak (7.2%), diikuti Aktiviti Perkhidmatan Minuman (6.4%).
Sementara perkhidmatan Penginapan Jangka Pendek dan Katering serta khidmat Makanan Lain pula masing-masing meningkat 1.7% dan 1.2%.
Selain peningkatan kos perkhidmatan itu, khidmat pengangkutan turut memaparkan kenaikan kos sebanyak 4.8%. Ini didorong kenaikan indekan Pengangkutan Penumpang Udara yang naik kepada 19.5%, diikuti khidmat kos naik 1.8%. Manakala khidmat kurier dan pengangkutan darat pulai naik 0.6% disusuli pengangkutan air laut, pesisira pantai naik 0.1%.
Secara menyeluruh meskipun terdapat kenaikan, namum paras kos ini lebih mereda berbanding data suku sebelum ini.