Artikel

Dasar Gaji Progresif Dibentang Hari Ini – Sasar Gaji Rakyat Naik Dalam Tempoh 5-10 Tahun

Seperti yang dimaklumkan Kementerian Ekonomi, hari ini kertas Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam usaha melaras naik gaji rakyat Malaysia secara berperingkat.

Sekiranya perbincangan ini berjaya mencapai kesepakatan, usaha tersebut berpotensi meningkatkan gaji rakyat negara dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.

Ketika ini diperhatikan aliran gaji penengah di seteipa negari adalah membimbangkan. Apabila terdaapt 9 negeri mencatatkan paras gaji penengah sekitar RM2,000 ke bawah, berbanding paras gaji penengah nasional ketika ini digariskan RM2,600.

Lebih membimbangkan, terdapat 5 negeri yang mencatatkan kadar upah lebih rendah iaitu bawah RM2,000 iaitu Terengganu (RM1,900), Kedah (RM1,827), Sabah (RM1,782), Perlis (RM1,627) dan Kelantan (RM1,600).

Maka melalui usaha meningkatkan gaji kalangan pekerja Malaysia ini ia tidak sekadar menutup jurang pendapatan dan menaiktraf kehidupan mereka namun turut membantu negara melenyapkan jurang pembangunan yang berlaku ketika ini.

Selain merealisasikan matlamat itu, Kementerian Ekonomi menjamin penyaluran bantuan dan subsidi akan kekal tersedia buat golongan yang memerlukan. Pelaksanaan ini tidak akan mengenepikan hak perlindungan rakyat di masa hadapan.