Menyedari saingan pasaran pekerjaan negara tidak sekadar menghimpit golongan muda namun turut memberi tekanan kepada golongan berusia 40 tahun ke atas – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak Januari lalu telah tampil dengan inisiatif MyMidCareer40, iaitu membantu kumpulan usia pertengahan meraih peluang dalam sektor ekonomi negara.
Buat pengetahuan, sehingga Julai lalu didapati seramai 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas telah bekerja semula, meraih peluang di bawah inisiatif MyMidCareer40 ini.
Usaha ini tidak sekadar membuka peluang pekerjaan tetapi turut menjadi saluran ketersediaan masyarakat yang bakal depani cabaran pasaran buruh ke arah negara menua.
Buat pengetahuan antara sektor yang terlibat dalam insiatif ini adalah bahagian kemahiran pembuatan, perakauanan, teknolog, logistik, perkhidmatan dan pemasaran.