Artikel

Bursa Akan Tambah Sokongan “Fractional Share Trading” – Pelabur Runcit Boleh Beli Serendah 1 Unit Saham

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan hari ini mengumumkan kelak pada hujung tahun 2023 ini, Bursa akan menambah sokongan untuk “Fractional Share Trading”. Melaluinya, langkah ini akan membolehkan penguna membeli saham dengan bilangan serendah 1 unit.

Untuk makluman, pada hari ini pengguna perlu melakukan pembelian mengikut lot yang melibatkan sehingga 100 unit saham. Ia mungkin sedikit membebankan kepada pelabur runcit yang ingin membeli saham, tetapi tidak mempunyai dana secukupnya untuk membeli 1 lot saham.

Dengan langkah pengenalan kebolehan membeli serendah 1 unit saham ini, ia dijangka akan menjadikan pasaran modal tempatan lebih rancak lagi.