Jika sebelum ini, Selangor tampil dengan insiatif skim perlindungan konvesional kini usaha tersebut diperluaskan kepada pengenalan Skim INSAN Takaful – insurans patuh syariah buat 3 juta penduduk negeri.
Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat lebih 5 juta penduduk negeri telahpun meraih sijil perlindungan di bawah skim Perlindungan Insurans Am (INSAN) dan terdapat kurang dari sejuta lagi pemohon dijangka akan turut serta pada skim tersebut.
Maka adanya lanjutan pada skim INSAN Takaful ini, Selangor memaklumkan penduduk Selangor yang beragama Islam yang sebelum ini telah berdaftar di bawah polisi insurans konvensional tersebut – dimaklumkan akan dilindungi secara automatik ke polisi takaful setelah tamat tempoh perlindungan di bawah polisi konvensional.
Di bawah skim pelindungan baharu ini penduduk Selangor berupaya meraih manfaat pampasan sehingga RM20,000. Ini meliputi pelindungan sekiranya berlaku kematian di luar negara, kemasukan wad di hospital kerajaan dan swasta tempatan, tuntutan RM50 sehari bagi kemasukan ke hospital serta pampasan pengebumian.
Usaha perlindungan ini untuk pengetahuan umum membawa nilai perlindungan sekitar RM30 bilion bersama kos sekitar RM9.54 juta. Oleh itu, bagi makluman lanjut, penduduk Selangor boleh layari pautan Skim INSAN Takaful untuk perincian seterusnya pada penyertaan perlindungan.