Artikel

Gaji Penengah Pekerja Formal Bumiputera Kembali Meningkat – Kini RM2,200

Kesemua kumpulan etnik di Malaysia kini mencatatkan kenaikan bagi paras gaji penengah secara bulanan sehingga Mac 2023 – data statistik terbaharu negara menunjukkan pekerja formal Cina merekod paras gaji penengah bulanan tertinggi dengan RM4,000 diikuti etnik India dengan RM2,500.

Sementara etnik Bumiputera dan etnik lain-lain pula mencatatkan paras gaji penengah dengan RM2,200 dan RM2,000.  

Lebih terperinci berdasarkan data DOSM ini, pekerja formal Cina merankumi 29.4% iaitu 1.90 juta pekerja dalam pasaran tenaga negara. Peningkatan gaji penengah dalam kalangan etnik ini meningkat sekitar 9.1% berbanding bulan Februari dan Januari.

Diikuti etnik India pula yang meliputi 8.0% iaitu 513,400 pekerja formal di negara mencatatkan kenaikan 8.7% gaji penengah kepada RM2,500. Manakala etnik Bumiputera merangkumi 61.4% iaitu 3.96 juta mencatatkan nilai median gaji sekitar RM2,200 dan etnik lain-lain meliputi 1.3% pekerja formal iaitu 81,000 dengan nilai median gaji RM2,000.

Secara menyeluruh, berdasarkan aspek usia pekerja formal di Malaysia di nilai kumpulan usia 45-49 tahun dan 40-44 tahun mencatatkan nilai gaji penengah sebanyak RM3,500 – menjadi tertinggi. Menurut DOSM ini didorong hasil pengalaman dan penyertaan pekerja dalam pasaran buruh.

Manakala kumpulan bawah 20 tahu pula menjadi kumpulan yang mencatatkan gaji penengah bulanan terendah berjumlah RM1,500. Ini turut didorong berdasarkan perbezaan tahap kemahiran, pendidikan dan pengalaman bekerja di negara.