Susulan pemaparan statistik upah pekerja di Malaysia kini mula dipaparkan untuk setiap 3 bulan bermula Ogos ini – didapati bagi suku pertama 2023 aras gaji penengah di Malaysia secara bulanan ketika ini adalah RM2,600 (Mac 2023). Berdasarkan angka itu, didapati Kelantan, Sabah dan Perlis menjadi negeri terendah yang mencatatkan paras gaji penengah pekerja formal di Malaysia.
Mengikut pelarasan itu, Kelantan menjadi negeri paling terendah pada penetapan gaji penengah di negara dengan RM1,600 setakat Mac 2023. Diikuti Perlis (RM1,627) dan Sabah (RM1,782).
Manakala 3 negeri yang melepasi paras gaji penengah bulanan nasional pula adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan RM3,927, Selangor (RM2,964) dan Pulau Pinang (RM2,627).
Situasi ini mengikut Statistik Upah Pekerja Formal ST1 2023 dilihat didorong atas penawaran pekerjaan berasaskan aktiviti ekonomi yang tersedia di setiap negeri bersama saiz kapasiti pekerja.