Selari dengan matlamat yang telah dizahirkan pada akhir 2022 lalu, Sarawak menjangkakan syarikat penerbangan mereka berpotensi mula beroperasi pada akhir tahun ini atau awal 2024 kelak.
Menurut Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pada laporan sekiranya jangkaan itu dapat direalisasikan – ia akan memudahkan aturan kemasukan pihak berkepentingan, seperti pihak yang bakal menyertai edisi Anugerah dan Festival filem Antarabangsa (AIFFA) yang bakal dianjurkan oleh Sarawak pada 2024 kelak.
Kemudahan pelaksanaan operasi ini akan membawa pihak dari rantau Asia Tenggara memasuki Kuching secara terus tanpa perlu transit.
Antara usaha yang sedang dijalankan ketika ini adalah pemgambilalihan MASwings yang dirangka dapat diselesaikan tahun ini.
Pada penjelasan lanjut, Sarawak memaklumkan permulaan operasi ini tidak akan dipacu keuntungan ia bertujuan memudahkan dan memberi penjimatan kos kepada pengguna dalam perkhidmatan penerbangan. Selain Sarawak dan Sabah – operasi ini turut akan tertumpu pada laluan Semenanjung dan Asia Tenggara. Meliputi Filipina, selatan Thailand, dan Indonesia, serta kemungkinan menerbangkan jemaah haji ke Arab Saudi susulan Kuching kini telah dijadikan sebagai pintu masuk umrah.