Artikel

Syarikat Jerman, Infineon Labur RM25 Bilion Di Kedah

Keyakinan yang berterusan dalam rantaian semikonduktor dunia, Infineon Technologies AG kini terus melebarkan jejak kepakarannya di Malaysia dengan mengumumkan untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SIC (silikon karbida) terbesar di dunia.

Menerusi aturan itu, Infineon – syarikat pembuat cip Jerman itu dalam usaha mengukuhkan pasaran semikonduktornya dengan meningkatkan kapasiti kilang melalui pertambahan pelaburan di hab negara dengan melabur RM25 bilion dalam tempoh 5 tahun mendtang pada fasa kedua pembinaan modul 3.

Buat pengetahuan umum, kerjasama Infineon bersama Malaysia telah berlangsung sejak 5 dekad lamanya dengan penyertaan mereka menjadikan negara sebagai hab dalam pembuatan farbrikasi wafer di Kulim, Kedah dan kerjasama pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.

Adanya percambahan pelaburan dalam negara ini sekaligus akan membuka lebih banyak ruang dan peluang pelaburan berteknologi tinggi baharu buat negara. Sudah pasti, ini akan membantu membawa nilai tambah pada pertumbuhan domestik dan global Malaysia secara berperingkat.