Di bawah unit khas Seksyen Audit Ekonomi Digital, kumpulan pempengaruh dan usahawan digital kini terus di pantau bagi memastikan kumpulan ini penuhi tangggungjawab mereka melunaskan pembayaran cukai.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemerhatian ini dilaksanakan ke atas platform media sosial bersama arena e-dagang yang berkaitan. Berdasarkan penjelasan, sekiranya berlaku ketidakpatuhan pembayaran cukai unit ini akan bertindak memberi peringatan kepada pembayar cukai untuk melangsaikan peranan mereka.
Antara golongan dipantau meliputi aktiviti perniagaan seperti kosmetik, kriptowang, kumpulan pempengaruh, TikToker, Instafamous, YouTuber dan pekerja ekonomi gig.
Maka sekiranya terdapat kumpulan berkaitan yang memiliki tunggakan cukai, disarankan untuk sertai Program Pengakuan Sukarela yang telah dibuka sejak 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 kelak. Langkah ini bertujuan tidak hanya meningkatkan hasil negara tetapi turut membuka ruang kepada pihak berkaitan untuk meraih manfaat pengampunan penalti 100%.