Artikel

Purata Harga Minyak Dunia Disasar Lebih Tinggi – Pada 2024 

Paras harga minyak dunia dijangka lebih tinggi pada tahun hadapan, di mana purata harga minyak mentah Brent berpotensi meningkat kepada $83 setong pada tahun 2024 berbanding $80 setong pada tahun 2023.

Berlandaskan laporan Fitch Solutions, BMI persekitaran ini disokong oleh permintaan secara bermusim, diikuti pengurangan unilateral oleh Arab Saudi dan situasi eksport Rusia yang lemah.

Sementara imbangan pasaran pula kelihatan terhad sepanjang tahun 2023 – dicetuskan peningkatan yang berterusan dalam penggunaan minyak, gangguan bekalan dalam kalangan pengeluar utama serta pengurangan baharu yang berlaku oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu yang diketuai Rusia (OPEC+).

Secara menyeluruh aliran pasaran akan kekal positif pada tahun 2024 susulan jangkaan kemelesetan ekonomi semakin menyusut diikuti perdagangan global yang semakin memulih.