Artikel

Sekitar 30% Pemilik Kenderaan Di Malaysia Kini Guna Roadtax Digital – MOT 

Sejak pengenalan cukai jalan atau roadtax digital dilaksanakan pada awal Februari 2023 lalu – sehingga kini didapati hanya 30% pemilik kenderaan di negara yang telah bertindak memilih untuk menggunakan mod paparan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Maka melihat pada peratusan itu, ini bermakna penggunaan pelekat cukai jalan masih lagi relevan dalam kalangan pemilik kenderaan negara. Oleh itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan beberapa cawangan JPJ berkaitan untuk menurunkan notis bahawa JPJ tidak lagi mengeluarkan pelekat tersebut kepada awam.

Tindakan itu telah menyebabkan wujudnya beberapa kekeliruan kepada para pengguna kenderaan persendirian. Ketika ini penawaran cukai  jalan secara fizikal masih tersedia.

Namun orang awam perlu jelas akan pelaksanaan semasa, bahawa keperluan untuk mempamerkan cukai jalan fizikal pada kenderaan masing-masing tidak lagi diwajibkan. Sebaliknya para pengguna boleh menggunakan mod digital menerusi aplikasi MyJPJ. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha negara untuk memberi penjimatan kos kepada pengguna.

Berdasarkan pelaksanaan roadtax, lesen memandu digital ini ia dimaklumkan membawa penjimatan RM96 juta setahun dari aspek kos pelekat dan kad.