Seiring dengan pemerkasaan kenderaan elektrik (EV) dalam pasaran semasa negara, FoodPanda kini meluaskan jejak usaha tersebut bersama Ni Hsin EV Tech pada penggunaan motosikal EBIXON EV bagi menggantikan motosikal enjin pembakaran dalamanĀ (ICE).
Usaha ini dilihat selaras dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) FoodPanda dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Mengikut aturan itu, difahamkan rakan penghantar akan meraih diskaun perolehan penggunaan motosikal tersebut – hasil kesepakatan kedua pihak. Terdapat pelbagai manfaat dapat diraih rakan penghantar melalui insenti cukai, dan pemasangan infrastruktur pengecasan. Menerusi kebersamaan itu, FoodPanda optimis terlibat dalam menyumbang mencapai matlamat negara untuk miliki 1.5 juta EV di jalan raya menjelang 2040 kelak.