Sidang Kabinet hari ini secara prinsipnya telah mencapai persetujuan, meluluskan cadangan untuk membangunkan semula KL Sentral selaku hab utama pengangkutan awam negara.
Aturan itu menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melibatkan anggaran peruntukan berjumlah lebih RM1 bilion. Di mana usaha pembangunan semula ini akan memperlihatkan usahasama dengan Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) – dengan jaminan tanpa implikasi kewangan kepada kerajaan negara.
Penjelasan keperluan membangunkan semula KL Sentral ini mengikut MOT adalah tindak-balas negara untuk memastikan aspek keselamatan kemudahan awam dapat dipertingkatkan. Untuk makluman, pembangunan asal KL Sentral tersedia untuk kapasiti 100,000 penumpang sehari. Namun kini ia telah mencapai 200,000 penumpang sehari.
Situasi ini secara langsung memerlukan penambahbaikan pada kemudahan di KL Sentral, seiring dengan kepesatan semasa.
Berikutan pelaksanaan itu, MOT memberi jaminan sebarang aturan pembangunan semula disasarkan tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam buat pengguna, dan stesen berkaitan masih beroperasi seperti biasa.