Artikel

Hanya 1 Ujian Teori Sahaja Dikenakan Untuk Lesen Motosikal Dan Kereta – Mulai 15 Sept

Bermula 15 September ini, individu yang miliki lesen motosikal atau lesen kereta kini dikecualikan untuk hadiri kursus, ujian teori sekiranya ingin dapatkan lesen memandu untuk kelas kenderaan berbeza.

Mengikut Kementerian Pengangkutan (MOT) aturan ini dikuatkuasakan di bawa Ketetapan Dasar Baharu Mengenai Bahagian Pembelajaran/Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi mendapatkan LMM. 

Ini bermakna sekiranya individu telah lulus ujian teori (KPP01) dalam lesen memandu motosikal, maka tidak perlu lagi untuk duduki ujian teori kali kedua sekiranya ingin mengambil lesen memandu kereta. 

Bagaimanapun, calon lesen masih wajib untuk jalani latihan dan duduki ujian di litar (KPP02) dan latihan jalanraya (KPP03) secara berasingan untuk lesen kenderaan berbeza. 

Sekiranya lesen L telah tamat tempoh, calon hanya perlu memperbaharui LDL dan melengkapkan ujian wajib yang telah ditetapkan tanpa perlu jalani kelas teori baharu. 

Ketika ini, syarat kelayakan menjalani ujian lesen motosikal kekal di usia 16 tahun dan lesen kereta pula adalah 17 tahun.