Artikel

Great Eastern Dalam Perbincangan Ambil Alih Syarikat Insurans Malaysia AmMetLife

Great Eastern, firma peneraju insurans di Asia kini mengesahkan dalam pertimbangan ambil-alih syarikat insurans Malaysia AmMetLife. 

Bagaimanapun  perbincangan dimaklumkan masih diperingkat awal dan tidak mendapat kepastian akan penyelesaian peralihan tersebut. 

Untuk makluman, sebelum ini pada laporan Bloomberg terdapat usaha untuk mendapatkan kelulusan kawal selia dilaksanakan di bawah ank syarikatnya Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC).  Ketika ini dimaklumkan AmMetLife membawa nilai antara $250 juta hingga $300 juta. 

Berdasarkan perincian lanjut, perbincangan ini turut meliputi AmMetLife Takaful Berhad, selain AmMetLife Insurance Berhad.