Artikel

Pasaran Rokok Seludup Di Malaysia Kekal Tinggi, Paras 55.3% – Hasil Cukai Terus Terkesan

Malaysia kekal antara pasaran rokok seludup tertinggi di dunia, apabila gejala tersebut masih di paras sekitar 55.3%, meskipun sedikit menurun 1.3% daripada 56.6% pada 2022. 

Menurut Kajian Rokok Seludup (ICS) Malaysia yang diterbitkan Mei lalu – paras itu kekal tertinggi dalam piawaian antarabangsa. Ini didorong hasil penetapan harga rokok seludup yang dijual lebih rendah antara RM4 hingga RM8 sekotak. Berbeza dengan penetapan harga pasaran, yang dijual serendah RM12 susulan tembahan kos cukai. 

Situasi ini menurut Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) secara langsung memperlihatkan negara akan terus berdepan kerugian pada hasil cukai. Dengan kehilangan sekitar RM5 bilion setiap tahun ketirisan cukai. 

Susulan itu pihak berkepentingan digesa untuk tingkatkan penguatkuasaan perdagangan khususnya di wilayah sempadan pantai timur Semenanjung Malaysia – bagi mengekang aliran penyeludupan ini. Setakat ini, antara usaha negara adalah telah mengehadkan bahagian peenghantaran serta eksport. Langkah itu sekaligus telah membantu mengurangkan peratusan penyeludupan dari tahun ke tahun.