Artikel

Bursa Beri Capital A Tempoh Sehingga 7 Oktober – Kemuka Pelan Penyusunan Semula

Dalam aturan mengakhiri status PN17 ketika ini, Capital A kini diberi lanjutan tempoh tambahan 3 bulan sehingga 7 Oktober kelak oleh Bursa Securities – untuk kemuka pelan penyusunan semula operasinya kepada pihak berkuasa kawal selia. 

Berdasarkan tempoh itu, ia dilihat masih di bawah perancangan Capital A yang berhasrat menamatkan status tersebut sebelum akhir 2023 ini. 

Buat pengetahuan umum, PN17 atau  Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini sekaligus menwujudkan risiko kepada syarikat akan keupayaan untuk lanjutan operasi.

Secara ringkasnya, entiti berkaitan tidak mencapai kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan