Artikel

WISE : Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tanggung Beban Fi Tukaran Asing, Hampir RM70 Juta Setahun 

Kesan kos yang lebih tinggi dan berlakunya pengenaan fi tersembunyi, didapati pelajar Malaysia di luar negara perlu menanggung beban yang tinggi – apabila terlebih bayar sekitar RM69.9 juta, dalam bentuk jumlah fi pindahan wang atau kos tukaran asing setiap tahun.

Data WISE iaitu firma teknologi kewangan bagi tukaran asing ini mengambilkira berlandaskan sekitar 60,000 rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara.

Melalui perincian data itu, angka ini tidak meliputi yuran pengajian, kos tambahan dan perbelanjaan sara hidup yang perlu ditanggung setiap pelajar negara.

Berdasarkan data, buat penuntut Malaysia di Amerika Syarikat (AS) didapati telah membelanjakan sebahagian besar wang untuk pendidikan dengan purata RM130,470 setahun. Angka ini dilihat jauh leih tinggi berbanding purata perbelanjaan pendidikan global.

Sementara untuk penuntut Malaysia di Australia dan United Kingdom juga diperhatikan, menjadi antara 5 destinasi pengajian tinggi utama yang mahal. Di mana kos purata tahunan pengajian untuk kedua negara ini diantara RM65,665 hingga RM77,221 setahun.

Maka untuk atasi isu ini, WISE memaklumkan semua pihak perlu memahami jumlah kos ketika laksana pindagan wang diperingkat antarabangsa. Ini termasuklah memahami fi pendahuluan serta kadar tukaran asing. Ini kerana, fi tersembunyi boleh berlaku melibatkan kadar tukaran asing.

Adanya langkah pengesanan ini, ia akan membantu penuntut negara meraih penjimatan berganda dalam tempoh jangka masa panjang.