Artikel

Agihan E-Tunai RM100 Akan Dilaksana Mulai Suku Ke-4 Ini – MOF

Senada dengan matlamat negara untuk memacu penggunaan transaksi nirtunai dalam industri pembayaran – Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan akan melanjutkan usaha tersebut di bawah agihan kredit e-tunai RM100 kepada lebih 10 juta rakyat negara. 

Agihan kredit e-tunai RM100 dimaklumkan akan dilaksana pada suku keempat tahun ini. 

Menerusi lanjutan agihan kredit e-tunai ini, dijangka ia akan memanfaat kumpulan dewasa berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah- melibatkan golongan B40 dan M40 di Malaysia. 

Menurut pengumuman sebelum ini, aturan itu akan melibatkan sejumlah RM1 bilion peruntukan pada dana terbabit.