Artikel

Malaysia Sasar Turunkan Kadar Kemiskinan Luar Bandar, Bawah 10% – Menjelang 2024

Aliran kadar kemiskinan luar bandar di Malaysia kini memperlihatkan angka yang membrangsangkan apabila mencatatkan penurunan daripada 12.4% (2019) kepada 12% (2022). Menyedari aspek ini wajar diperkasakan lagi demi memacu pertumbuhan negara, Malaysia kini menyasarkan untuk melandaikan kadar miskin luar bandar di bawah 10% – menjelang tahun 2024. 

Sasaran di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini dimaklumkan kini sedang diselangi dengan pelbagai program sokongan meningkatkan semula pendapatan rakyat di luar bandar. Antaranya Program Meningkatkan Pendapatan bersama peruntukan RM12 juta buat kumpulan miskin tegar, miskin dan B40. 

Setakat ini dalam usaha tersebut, sekitar 70% peserta program telah berjaya meningkatkan hasil pendapatan mereka lebih 30%. 

Selain itu terdapat juga penerapan inisiatif Desa Lestari, yang tidak sekadar bertindak memacu aliran sosio-ekonomi di luar bandar tetapi turut ditampilkan khidmat nasihat dan panduan berkenaan idea membangunkan ekonomi di kawasan setempat. Malah terdapat juga ketersediaan program kemahiran untuk membantu golongan muda negara. 

Melalui hala tuju yang berterusan ini, sasaran melandaikan kadar kemiskinan di luar bandar itu dijangka dapat dicapai pada tahun hadapan. Buat pengetahuan umum ketika ini terdapat 130,000 ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar. Maka menerusi usaha ini ia dilihat berupaya mengurangkan jumlah tersebut secara berperingkat.