Artikel

Akta Tanggungjawab Fiskal, Libatkan Had Hutang Negara – Dijangka Bentang Akhir 2023 Ini

Dalam usaha perkemaskan kewangan negara, dijangka Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan Akta Perolehan Kerajaan bakal dibentangkan di Parlimen pada akhir 2023 ini. 

Sasaran itu mengikut pemerhatian nota tinjauan Maybank Investment Bank, adalah senada dengan usaha negara untuk memperkasakan aliran subsidi secara berterusan kepada kumpulan masyarakat yang berkelayakan – di samping meningkatkan tahap ketelusan pengurusan ekonomi di Malaysia. 

Buat pengetahuan umum, antara komponen yang akan digariskan FRA adalah had peratusan hutang kerajaan tidak melebihi 65% dari KDNK, termasuklah tanggungan bayaran khidmat hutang tidak lebihi 15% daripada bajet tahunan persekutuan. 

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini pernah memperincikan, sebarang perbelanjaan operasi kerajaan haruslah didasari pada hasil pendapatan negara namun ketika ini terdapat kelonggaran pada perbelanjaan pembangunan dilaksanakan.

Aturan ini dimaklumkan akan dilaksanakan setelah agenda kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 dilaksanakan pada pertengahan September, diikuti pembentangan Belanajwan 2024 pada 13 Oktober kelak.