Ternyata 42% atau seramai 15,460 siswazah didapati menerima pekerjaan tidak sepadan dengan kualiti pendidikan mereka, iaitu berdepan isu ketidaksepadanan pasaran di bawah data portal pencarian pekerjaan MYFutureJobs – setakat penempatan pertengahan Julai lalu.
Situasi ini menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) – berlaku disebabkan kebanyakkan bidang yang dimiliki graduan alami lambakan kuota di pasaran pekerjaan negara. Sementara keperluan bidang semasa teknikal seperti keselamatan siber pula memiliki kekosongan lebih 10,000 jawatan.
KSM meneliti isu ini disebabkan tidak ramai pelajar ingin menceburkan diri dalam bidang pengajian tersebut. Rata-rata lebih memilih bidang pengajian yang sama sehingga menyebabkan berlakunya lambakan di pasaran tenaga kerja.
Melihat pada kekurangan itu, KSM melalui pelaksaan program Career Exploration akan menjadi medium bersama PERKESO untuk mendekati dan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah akan pemilihan kerjaya berlandaskan permintaan semasa kelak.
Tidak hanya itu, KSM turut berhasrat laksana langkah pendedahan dengan membimbing pelajar untuk laksana pemilihan bidang di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).
Langkah ini secara langsung akan membantu melandaikan jumlah penyertaan pelajar pendidikan tinggi dalam bidang pekerjaan separa mahir dan rendah. Ini akan memperkasakan kemahiran mereka, setimpal dengan kualiti pendidikan yang dimiliki.
Buat pengetahuan umum, ketidakpadanan yang berlaku ketika ini meliputi penyertaan siswazah dalam bidang separa mahir dan rendah – di mana mereka gaji sekitar RM2,000 dan ke bawah.