Artikel

LHDN Optimis Kutipan Hasil 2023 Lebih Tinggi – Lepasi RM176 Bilion

Tahun 2023 akan menjadi tahun yang merekodkan nilai hasil pada paras tertinggi iaitu sasaran lebihi RM176 bilion berbanding tahun lalu, 2022 dengan jumlah kutipan hasil RM175.4 bilion.

Matlamat positif ini menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) didorong susulan aliran kutipan hasil yang semakin meningkat serta persekitaran pemulihan ekonomi semasa. 

Ketika ini kutipan harian LHDN adalah 20% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Malah sasaran kutipan cukai langsung dilihat tidak akan terjejas akan sebarang faktor luar jangka sehingga akhir 2023 kelak. Mengikut matlamat awal, LHDN menyasarkan tahun 2023 berupaya mencapai RM176.14 bilion. 

Tidak hanya itu usaha negara melaksana beberapa pindaan polisi serta asas cukai seperti penurunan cukai buat M40 dan kenaikan cukai T20 serta beberapa pengenalan cukai juga dilihat akan membantu peningkatan kutipan hasil. Meskipun begitu, sasaran ini masih miliki risiko seandainya berlaku ketidaktentuan ekonomi semasa khususnya di peringkat global.

Secara menyeluruh ketika ini prestasi ekonomi Malaysia kelihatan lebih baik berbanding negara serantau lain. Malaysia catat pertumbuhan 5.6% bagi suku pertama 2023, diikuti Indonesia 5%, dan Vietnam 3.3%. 

Sekadar makluman, ini hasill kutipan cukai LHDN bagi tempoh 2018-2022; 

  • 2018 dengan RM137 bilion
  • 2019 dengan RM145 bilion
  • 2020 dengan RM123 bilion
  • 2021 dengan RM144 bilion
  • 2022 dengan RM175.4 bilion