Artikel

Capital A, UnionDigital Bank Bekerjasama – Perluas Akses Perbelanjaan Pengguna Di Filipina

Untuk memperkayakan lagi akses pengurusan kewangan yang lebih luas di peringkat Asia Tenggara – Capital A umum kerjasama dengan UnionDigital Bank, anak syarikat bank digital Union Bank of the Philippines bersama 3 anak syarikat utamanya iaitu AirAsia, airasia Superapp dan BigPay.

Melalui kebersamaan ini, UnionDigital Bank akan bertindak perkukuhkan akses kewangan bersama BigPay di dalam platform perjalanan airasia Superapp – yang melibatkan saluran tempahan utama bagi pernebangan AirAsia di Filipina.

Perkongsian itu sekaligus akan memberi pilihan yang progresif kepada pengguna ketika laksana perjalanan antarabangsa tanpa perlu khuatir akan keperluan akses kewangan semasa.

Selain memperkasakan aliran antarabangsa, usaha ini dilihat turut akan memberi penjimatan berganda kepada pengguna Filipina akan manfaat disebalik transaksi digital.