Demi memperkasakan lagi proses audit hasil dalam negara dan menutup ruang berlakunya ketirisan hasil secara berterusan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini memaklumkan menggunakan sistem pemantauan pengauditan sepenuhnya menerusi iPATUH.
Sistem pemantauan yang telah dibangunkan sejak 2019 menurut Kementerian Kewangan (MOF) ini mendapati sekitar RM1.5 bilion ketirisan hasil telah berlaku sepanjang tahun 2022.
Melalui kecekapan sistem ini, ia dilihat berupaya memendekkan tempoh pengauditan khusunya berkenaan pematuhan pembayaran cukai syarikat daripada 4 bulan kepada 2 bulan. Menurut Kastam, sekiranya sebelum ini sekitar 8,600 fail dapat diselesaikan setahun kini ia berupaya mencapai 10,700 fail.
Lebih membrangsangkan, iPATUH tidak sekadar membantu negara meneliti dengan terperinci akan ketirisan hasil yang berlaku tetapi turut memberi penjimatan kos kepada perbelanjaan mengurusan tahunan Kastam sekitar RM8.6 juta.