Pemerhatian berhubung isu gaji di pasaran negara kelak akan lalui proses penelitian apabila dimaklumkan – Dasar Gaji Progresif akan mula dibentang pada 7 Ogos ini kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Tindakan itu akan melihat keputusan dasar sebelum ia diluluskan bagi pelaksanaan selanjutnya.
Menurut Kementerian Ekonomi, sekiranya keputusan dasar tersebut telah mencapai persetujuan, maka beberapa hala tuju model gaji progresif akan diumumkan bersama rakyat negara.
Buat pengetahuan umum, selain Kementerian Ekonomi aturan ini turut melibatkan usahsama dengan Kementerian Kewangan (MOF), MITI dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Selain makluman itu, bermula Ogos ini rakyat Malaysia bakal ditampilkan dengan terbitan Statistik Gaji di Malaysia setiap 3 bulan buat paparan umum. Untuk memahami pelarasan gaji pada pasaran ekonomi semasa.