Tidak lama lagi, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) akan laksana konsep baharu untuk penjualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada pengguna. Melalui konsep baharu ini, ia akan membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dalam tempoh 6 bulan dengan penjualan tiket dibuka setiap 30 hari bulan.
Ini secara langsung membantu pengguna untuk merancang perjalanan percutian mereka atau pulang ke kampung halaman mereka khususnya ketika hari pelepasan am dan hari perayaan utama negara.
Sebagai penjelasan, terdapat 3 tarikh pembukaan jualan tiket akan dilaksanakan. Di mana bermula 30 Julai 2023 ini para pelanggan boleh membuat pembelian tiket bagi perjalanan dari Ogos 2023 sehingga Januari 2024.
Manakala pada bulan berikutnya iaitu jualan tiket pada 30 Ogos 2023 – jualan tiket bagi perjelanan September 2023 sehingga Februari 2024 dan jualan tiket 30 September 2023 bula akan dibuka jualan tiket Oktober 2023 sehingga Mac 2024.
Melalui konsep baharu ini, orang ramai digalakkan untuk dapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang yang lebih rendah dan lebih menjimatkan. Pembelian ini untuk makluman boleh dilakukan melalui aplikasi KTMB Mobile atau laman rasmi KTMB.
KENYATAAN MEDIA
KTMB PERKENAL KONSEP BAHARU JUALAN TIKET ETS DAN KTM INTERCITY MULAI 30 JULAI 2023.#KTMB #ETS #KTMKomuter #KTMKomuterUtara #KTMCharterTrain #KTMIntercity #DMU #KTMKargo pic.twitter.com/nxC59qjCEJ
— KTM Berhad (@ktm_berhad) July 27, 2023