Sempena meraikan ulang tahun ke-10 dalam pasaran pelaburan kripto, Luno iaitu bursa Pertukaran Aset Digital (DAX) kini dilihat telah alami perkembangan yang membrangsangkan apabila berjaya memiliki lebih 12 juta pelanggan diseluruh dunia dengan lebih 840,000 rakyat Malaysia berdaftar bersama Luno.
Untuk perkembangan di pasaran Malaysia, ternyata kemasukan sejak 2019 ini telah berjaya memperlihatkan Luno memproses lebih 73 juta transaksi dalam Bitcoin (BTC), yang merangkumi sekitar 18% daripada jumlah transaksi global bagi tempoh sedekad. Manakala jumlah dagangan global pula diperhatikan mencapai $35 bilion dengan $6.2 bilion (17.7%) adalah penyertaan dari Malaysia.
Prestasi ini secara langsung meletakkan Malaysia, menjadi salah satu pasaran yang paling pesat berkembang dan ini akan terus melonjak untuk 10 tahun mendatang.
Lebih terperinci lagi, mengikut demografi pengguna Luno Malaysia – ternyata penyertaan pelabur wanita semakin meningkat dengan 23%, iaitu lebih tinggi berbanding paras purata global 19%. Manakala pelabur lelaki pula mencatatkan 77% penguasaan dalam arena Luno Malaysia.
Selain itu, Luno Malaysia turut mendedahkan antara aset digital yang menjadi pilihan dalan kalangan pelanggan adalah Bitcoin (BTC), diikuti Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP). Dan setakat ini untuk Malaysia sahaja, transaksi tunggal terbesar yang pernah dicatatkan dalam Luno adalah berjumlah $196,451.
Melihat pada perkembangan itu, Luno Malaysia menjangkakan dalam tempoh 10 tahun mendatang – akan lebih banyak revolusi melibatkan aset digital dalam sektor kewangan akan tercetus. Situasi ini dapat diambil berkira berdasarkan penyertaan kripto kini yang telah mewujudkan pelbagai perubahan tingkahlaku pelabur dan kerjsama bersama pihak berkepentingan.
