Artikel

CIMB Kini Bolehkan Pengguna Bayar Cukai LHDN – Melalui CIMB Clicks, CIMB BizChannel

Bagi memudahkan pembayaran cukai dilaksanakan, CIMB Bank kini membolehkan pengguna dan peniaga untuk jalankan pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui ciri perkhidmatan e-bil LHDN yang tersedia melalui CIMB Clicks dan CIMB BizChannel.

Menerusi pengenalan ciri baharu ini, ia secara langsung memudahkan peniaga untuk penuhi kewajipan cukai mereka dan pembayaran boleh dilaksanakan secara terus pada CIMB.

Pada akses ini, pengguna CIMB dikehendaki mendapatkan Nombor Bil melalui MyTax di portal LHDN dan seterusnya boleh log masuk ke CIMB BizChannwl atau CIMB Clicks dan pergi ke bahagian pembayaran bil dengan memilik LHDN e-biling.

Setelah itu, butiran pembayar cukai akan dipaparkan secara automatik dan pembayaran boleh dibuat secara terus daripada akaun mereka. Melalui integrasi sistem e-bil LHDN ke dalam CIMB ini, setiap transaksi pembayaran cukai juga akan miliki nombor unik untuk rujukan LHDN. Aturan itu akan membantu pengguna untuk memastikan ketelusan transaksi dan laksana pengesahan yang lebih selamat.

Peranan ciri baharu ini sekaligus turut menyokong matlamat LHDN untuk memperkasakan kutipan bayaran cukai kalangan pembayar dengan akses yang lebih mudah melalui perbankan.