Artikel

LHDN : Pembayar Cukai Kini Boleh Mohon Ansuran Tunggakan Cukai Pendapatan, Keuntungan Hartanah 

Untuk mengalakkan lagi pembayaran cukai dilunaskan oleh setiap individu berkaitan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini memaklumkan – pembayar cukai boleh laksana permohonan bayaran secara ansuran bagi tunggakan Cukai Pendapatan (CP) dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk tahun kebelakangan tanpa dikenakan sebarang kenaikan cukai.

Penawaran ini telah boleh dimohon sejak 6 Jun 2023 lalu sehingga 31 Mei 2024 kelak. Langkah penawaran ini selari di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0.

Sebagai penjelasan, pembayar cukai boleh laksana permohonan secara bertulis dan secara atas talian. Untuk permohonan secara bertulis, pembayar cukai perlu kemukakan permohonan tersebut kepada pejabat HASiL berhampiran atau di lokasi fail pembayar cukai dikendaliikan bagi tujuan semakan dan kelulusan.

Sementara permohonan secara atas talian pula, pembayar cukai hanya perlu layari pautam MyTax dan mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan yang tersedia pada platform tersebut.

Menerusi penawaran ini, ia secara langsung akan memberikan pembayar cukai kelonggaran pelepasan sementara sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi bayaran ansuran tunggakan cukai yang dibuat secara konsisten dan mematuhi jadual pembayaran.

Sekiranya pembayar cukai gagal mematuhi aturan yang ditetapkan, ini berpotensi membawa kepada kenaikan cukai berlaku. Sebarang maklumat lanjut, semua pihak boleh layari pautan HASiL atau klik pada puautan Borang Maklum Balas ini LHDN-Borang Maklum Balas.