Menyedari penggunaan nirtunai di Malaysia semakin rancak dan memberi kelebihan berganda dalam aliran perbelanjaan sektor – kerajaan kini bersetuju untuk melanjutkan inisiatif yang sebelum ini tertumpu pada golongan muda iaitu e-Belia Rahmah kepada golongan dewasa B40 dan M40 yang berusia 21 tahun ke atas dengan agihan RM100 e-Tunai.
Pengagihan itu untuk makluman awam, akan disalurkan kepada kumpulan dewasa yang berpendapatan RM100,000 ke bawah. Di mana pada pelaksanaan ini dijangka seramai 10 juta penerima akan meraih manfaat e-Tunai tersebut.
Pengumuman ketika sidang Ekonomi Madani hari ini telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, merangkap Menteri Kewangan (MOF) negara. Pada aturan itu, sejumlah RM1 bilion akan diperuntukan pada dana tersebut.