Selari dengan gagasan Madani iaitu memajukan pembangunan negara dalam seluruh aspek – Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memperkenalkan naratif hala tuju baharu negara iaitu Ekonomi Madani dengan berkonsepkan Memperkasa Rakyat Malaysia.
Pada sidang media sebentar tadi, ini antara matlamat yang perlu dicapai Malaysia untuk memantapkan pertumbuhan di masa hadapan;
- Kedudukan antara 30 Ekonomi Terbesar Dunia
- Tangga ke-12 teratas dunia dalam Daya Saing Global
- Tangga ke-25 teratas dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia
- Tangga ke-25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah
- Ke arah kemampanan fiskal sasaran defisit fiskal 3% atu lebih rendah
- Meningkatkan bahagian pendapatan pekerja kepada 45%
- Kadar penyertaan tenaga kerja wanita mencapai 60%
Maka untuk mrealisasikan matlamat sedemikian terdapat beberapa aturan perlu direalisakan negara antaranya menjalinkan hubungan diplomasii perdagangan dan pengaturan strategik, memudahkan cara pergerakan modal insan, perkongsian teknologi serta dagangan dan seterusnya perlu menyookong perkembangan syariikat Malaysia untuk menembusi pasaran serantau.
Aturan ini tidak hanya meliputi kerjasama bersama syarikat korporat tetapi turut merangkumi usaha negara memajukan pemain ekonomi digital, startup serta bidang pelaburan baharu.
PM Anwar menegaskan Malaysia sentiasa terbuka akan sebarang potensi pelaburan bersama negara global untuk meningkatkan kemajuan negara dari semasa ke semasa. Melalui agenda ini, Malaysia kekal optimis dapat menoktahkan isu kemiskinan di negara dan mewujudkan pelarasan gaji yang lebih progresif untuk penduduk negara secara berperingkat – seiring dengan keperluan dan tekanan kos semasa.