Sekiranya suku kedua tahun lalu AirAsia X Malaysia sekadar meraih jumlah penumpang sekitar 8,866 penumpang, suku kedua 2023 berjaya memperlihatkan peningkatan 70.2 kali tinggi dengan merekodkan jumlah penumpang sebanyak 621,984.
Tidak hanya di Malaysia, jumlah penumpang bagi penerbangan AirAsia X Thailand turut alami peningkatan mendadak 28.4 kali lebih tinggi kepada 311,337 (2023) berbanding 10,958 pada suku kedua 2022.
Prestasi positif ini tidak sekadar didorong akan permintaan perjalanan semasa, tetapi turut disokong hasil pertambahan kapasiti pesawat berbanding suku lalu kepada penawara 818,422 tempat duduk tersedia. Berdasarkan langkah itu sebanyak 30% pertumbuhan kapasiti perkhidmatan dicatatkan kumpulan.
Ia sekaligus menunjukkan faktor muatan penumpang turut meningkat mencapai 76% berbanding 29% pada suku tahun lalu.