Farm Fresh, syarikat pengeluar tenusu negara berupaya mengandakan hasil pendapatan mereka melalui perniagaan aiskrim setelah mengukuhkan segmen tersebut dengan meraih pegangan dalam The Inside Scoop sejak Februari lalu.
Berdasarkan tinjauan TA Securities ini, aliran positif dijangka bermula pada Jun 2023 lalu berpotensi memacu perkembangan hasil operasi sekitar 15% setahun. Setakat ini sahaja Inside Scoop memiliki sejumlah 41 cawangan diseluruh negara dan disasar terus meningkat lagi potensi perolehan berikutan terdapat pertambahan 50 cawangan lagi akan berlaku pada akhir tahun ini.
Selain pengukuhan itu, tindakan Farm Fresh yang turut merancang laksana produk aiskrim barangan bungkusan pengguna (CPG) baharu di bawah The Inside Scoop menjelang separuh kedua 2024 – dilihat turut akan menghasilkan kesan yang positif pada pemasaran produk kelak.
Rentetan usaha itu, kumpulan penganalisis menyasarkan segmen perniagaan aiskrim baharu ini berupaya meraih untung bersih RM9.1 juta dan RM10 juta pada operasi bagi tahun kewangan 2024 dan tahun kewangan 2025 kelak. Jangkaan ini termasuklah hasil segmen perniagaan aiskrim sedia ada serta disokong hasil tekanan kos operasi seperti tenaga dan logistik Farm Fresh diperhatikan semakin berkurangan, diikuti aliran margin yang semakin bertambah-baik.