Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini memaklumkan orang awam untuk tidak menerbangkan sebarang dron sekiranya tidak memiliki kelulusan daripada pihaknya – sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Semua pihak dikehendaki mematuhi Peraturan 140-144, di mana ini tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016). Bagi memastikan aturan PRN berjalan dengan lancar meliputi tiga tarikh penting iaitu hari penamaan calon (29 Julai), pengundian awal (8 Ogos) dan hari mengundi (12 Ogos).
Langkah ini untuk memastikan daripada berlakunya sebarang isu tidak diingini melibatkan keselamatan serta sekuriti semua pihak.
Maka untuk menghindari situasi sedemikian berlaku, semua operator dron disarankan kemuka permohonan kebenaran untuk mengoperasikan UAS/dron kepada CAAM bagi mengelakkan kekeliruan.