Artikel

PM Anwar Bakal Lancar Ekonomi Madani – Memperkasa Rakyat, Pada 27 Julai Ini 

Bagi memastikankan hala tuju pertumbuhan negara selari dengan naratif ekonomi baharu yang ingin di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim – dimaklumkan Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat akan dilancarkan esok (27 Julai) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Aturan strategi ekonomi yang akan dikongsikan kelak dilaporkan akan merangkumi perkembangan pertumbuhan semasa negara, yang memperlihatkan ekonomi Malaysia kini berkembang 5.6% bagi suku pertama 2023. Prestasi ini dianggarkan seiring dengan matlamat bank pusat yang menjangkakan pertumbuhan KDNK tahun ini berupaya mencapai 5.0%.

Selain mengetengahkan strategi untuk perkukuhkan perkembangan pertumbuhan, pelancaran berpotensi menyentuh usaha negara dalam memperkasakan permintaan dalam negeri serta peluang yang lebih baik dalam pasaran kerja Malaysia. Ini termasuklah menyokong aliran perbelanjaan pengguna secara berperingkat.

Usaha sedemikian dimaklumkan selari dengan peruntukan yang telah dicapai pada Belanjawan 2023 sebelum ini, di mana perbelanjaan mengurus (RM289.1 bilion), perbelanjaan pembangunan (RM99 bilion) dan RM2 bilion simpanan luar jangka.