Tahun 2022 secara jelas memaparkan lonjakan 30% berhubung laporan transaksi mencurigakan (STR). Menurut Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia (FIU), sejumlah 250,000 laporan berkaitan transaksi mencurigakan telah diterima pada tahun lalu.
Peningkatan ini dicetuskan susulan jenayah utama antaranya seperti penipuan, rasuah, penyeludupan, pengedaran dadah serta jenayah terancang – ini turut membanitkan kesalahan melibatkan percukaian.
Malah kenaikan angka aduan itu berdasarkan data Pusat Respoons Scam Kebangsaan (NSRC) turut didorong dengan lebih 15,000 laporan penipuan melibatkan kerugian RM141 juta telah dicatatkan sejak Oktober 2022. Sementara sekitar 72,000 kes penipuan melibatkan kerugian mencapai lebih RM5 bilion turut telah direkodkan bagi tempoh 2 tahun lalu oleh PDRM.
Pada penjelasan lanjut, BNM melihat kegiatan jenayah utama sedemikian kebanyakannya berlaku dalam kalangan kumpulan profesional – ini disusuli peranan mereka selaku pemudahcara dalam pengurusan kewangan melibatkan syarikat mahupun data pelanggan. Maka situasi tersebut secara langsung mengaburi kawalan untuk membanteras isu penipuan ini.
Memahami isu ini semakin meningkat, BNM akan terus memperkasakan usaha tangani kegiatan ini bersamat pasukan petugas tindakan kewangan dengan meluaskan pendekatan antipengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT) dari semasa ke semasa.