Artikel

Syor Naikkan Caruman KWSP Majikan Kepada 20%, Masih Belum Diteliti – MOF

Pada awal Mei lalu, terdapat usul dikemukakan untuk menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanana Pekerja (KWSP) pada bahagian majikan daripada 13% kepada 20%. 

Mengambil maklum cadangan baik ini, Timbalan Menteri Kewangan I (MOF) Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi MOF di Kelantan hari in – bagaimanapun menjelaskan setakat ini tiada lanjutan pada penelitian usul tersebut. 

Pihaknya akui usul tersebut telahpun dikemukakan namun penelitian lanjut masih tidak dilaksanakan antara Jemaah Menteri. Malah penjelasan tersebut turut telah dilakukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini. Perincian lanjut berhubung usul tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berhubung cadangan ini, pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan bahawa ia akan memberi kesan yang mendalam tidak hanya kepada majikan dengan penambahan 7% tetapi turut menjejaskan situasi pekerja, di mana jumlah pekerja berpotensi dikurangkan dan kos pekerja juga berupaya naik lebih 6%.