Artikel

Ringgit Berpotensi Cecah RM3.70 Berbanding Dolar AS – Menjelang Akhir 2024

Sekiranya pertumbuhan Malaysia terus mengukuh disokong perkembangan ekonomi China, tatkala ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula mengambil pendekatan bertahan – dijangka nilai Ringgit berpotensi mencapai RM3.70 berbanding dolar AS menjelang akhir 2024.

Ini kerana adanya kestabilan pertumbuhan akan mendorong bank pusat negara tidak melaras naik Kadar Dasar Semalaman (OPR) susulan paras kadar faedah ditahap normal, diikuti paras inflasi yang semakin mereda. 

Pada situasi itu, mengikut laporan BH pada nota penyelidikan ekonomi Maybank Investment Bank – dijangka akhir tahun 2023 nilai Ringgit berpotensi mencapai RM4.30 dan menghampiri paras RM3.70 menjelang 2024. 

Akan tetapi sekiranya sebaliknya berlaku, di mana berlakunya peningkatan inflasi sebagaimana didepani AS ini memungkinkan nilai Ringgit berupaya mencapai RM4.70 pada akhir 2023, sementara akhir 2024 pula menyaksikan paras Ringgit mencapai RM5.00 berbanding dolar AS.

Setakat ini pertumbuhan Malaysia kekal memaparkan aliran positif susulan kesan pemulihan pertumbuhan China dan aliran inflasi yang semakin mereda. Bagaimanapun nilai Ringgit ketika ini kekal memaparkan penurunan berbanding dolar AS susulan sentimen pasaran tempatan terjejas kesan persediaan pelabur akan keputusan kadar faedah Fed AS yang akan berlaku mulai Rabu ini.