Walaupun ketika ini terdapat lebih 47 juta kad ATM MyDebit dalam edaran pasaran yang telah dikeluarkan oleh 22 bank dalam negara – masih ramai masyarikat yang tidak sedar akan manfaat disebalik transaksi menggunakan kad ATM MyDebit ini tanpa perlu mereka melaksanakan pengeluaran wang tunai.
Hasil kerjasama PLUS bersama Payments Network Malaysia (PayNet) dalam tempoh 3 bulan ini mendapati aliran transaksi tersebut semakin melonjak, meningkat dua kali ganda setelah insiatif melalui galakkan menggunakan transaksi nirtunai (tanpa tunai) di R&R PLUS dilaksanakan sejak Disember 2022.
Melalui usaha ini, secara langsung memberi pendedahan kepada purata 1.7 juta pengguna lebuh raya PLUS setiap hari akan kepentingan menggunakan transaksi nirtunai bagi menjimatkan masa, tidak dikenakan sebarang surcaj meskipun laksana pembayaran pada jumlah yang kecil dan langkah ini menyokong pemerkasaan pembayaran digital negara.

Secara menyeluruh lebih 85% gerai yang beroperasi di R&R bagi sepanjang Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dimaklumkan telah dilengkapi terminal pembayaran nirtunai – antaranya kad MyDebit, kad kredit, TNG eWallet, MAE, GrabPay, ShopeePay, Setel, dan Boost.
Melalui kemudahan ini, ia secara berterusan akan memberi galakan kepada semua pengguna dan peniaga untuk memperkasakan usaha nirtunai ekonomi digital negara tanpa perlu khuatir akan ketirisan wang tunai di masa hadapan.
Wujudnya usaha berterusan ini, maka tidak mustahil sekiranya ekosistem R&R PLUS kelak berpotensi menjadi lokasi nirtunai sepenuhnya di masa akan datang.