Artikel

Thailand Cadang Buah-Buahan Bernilai Tinggi Miliki Insurans

Dalam usaha menjamin kelestarian pengeluaran buah-buahan, Thailand bercadang buah-buahan bernilai tinggi daripada negara mereka mempunyai insurans untuk melindungi daripada sebarang bencana atau kerosakan dalam sektor pertanian.

Usul jaringan keselamatan di bawah Kementerian Kewangan Thailand dan agensi agrikultur ini bertindak membantu depani sebarang ketidaktentuan cuaca dan bencana alam yang dilihat mampu memberi kesan kepada sektor ekonomi pertanian negara tersebut.

Setakat ini difahamkan terdapatnya permintaan perlindungan tersebut ke atas pengeluaran buah-buahan seperti durian. Meskipun usaha ini disambut baik oleh pemain industri, namun cabaran semasa kekal ada, susulan ketersediaan syarikat insurans berhubung tampungan pembayaran semula kelak sekiranya berlaku sebarang risiko.

Buat pengetahuan umum, Thailand antara pengeskport utama durian di dunia dan usaha yang telah dizahirkan sejak Mac 2023 ini dilihat sebagai langkah yang baik buat Thailand untuk lindungi 1.3 juta ladang durian di negara tersebut dan kumpulan petani mereka.

Berdasarkan lanjutan, selain melindungi nilai buah-buahan – Thailand juga bercadang menawarkan insurans buat kumpulan petani yang berdepan sebarang risiko kemalangan ketika proses pengeluaran buah-buahan atau berdepan ketirisan jualan untuk membantu mereka menampung kembali kerugian yang didepani.