Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub kini dimaklumkan, telah disahkan meninggal dunia di usia 61 tahun pada jam 9:23 malam, 23 Julai 2023 hari ini.
Maklumat ini disahkan melalui paparan hantaran media sosial oleh ahli keluarganya sendiri sebentar tadi.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini beliau juga merangkap Ahli Parlimen Pulai itu telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Jumaat lalu susulan dikesan alami pendarahan otak.
Pada rawatan lanjut, dilaporkan beliau telah jalani pembedahan kecemasan dan diletakkan di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sekadar imbasan buat makluman umum, allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub telah memegang portfolio selaku Menteri KPDN selama tempoh sekitar 8 bulan sejak Disember 2022 dan di bawah pimpinannya pelbagai usaha melandaikan tekanan kos sara hidup ke atas rakyat telah berjaya dilaksanakan. Antaranya adalah pengenalan inisiatif RAHMAH bersama penguatkuasaan kawalan harga barangan di pasaran.