Setelah berteka-teki, 7-Eleven Malaysia kini mengesahkan telah melepaskan kepentingan 75% dalam Caring Pharmacy kepada BIG Pharmacy setelah Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd menerima tawaran peralihan kepentingan pada nilai pertimbangan RM637.5 juta.
Untuk makluman CSSSB adalah anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings.
Pengesahan melalui laporan TheEdge ini memperincikan peralihan tersebut turut melibatkan semua pengambilalihan pada anak syarikat di bawah unit Caring Pharmacy, ini termasuklah semua produk yang dikilangkan dan diedarkan syarikat di dalam negara. Namun pengambilalihan ini tidak termasuk akan operasi Indonesia.
Berdasarkan liputan awal, selain BIG Pharmacy terdapat dua lagi pembida lain yang sertai untuk pengambilalihan itu antaranya Carlyle Group (AS) dan CVC Capital Partnes (Luxembourg).
Buat pengetahuan umum, Caring ditubuhkan sejak 1994 dan setakat 2019 memiliki sekitar 120 cawangan di seluruh negara.