Setelah disenaraikan sebagai syarikat PN17 oleh Bursa Malaysia iaitu operasi yang berdepan masalah kewangan, AirAsia X (AAX) kini mengemukakan permohonannya untuk pelepasan daripada status tersebut.
Aturan ini setelah mengambilkira penignkatan prestasi kewangan kumpulan yang dilihat semakin membrangsangkan. Berdasarkan penjelasan notis rasmi, AirAsia X memaklumkan pihaknya telah mengubah kedudukan kewangan daripada berdepan kerugian selama 12 suku tahunan sejak 30 Jun 2019 kepada mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh selama 3 suku berturutan pada 30 September 2022, 31 Disember 2022 dan 31 Mac 2023.
Melalui usaha operasi itu, kedudukan tunai AAX diperhatikan kembali memulih pasa RM192.37 juta dengan tanpa sebarang amaun hutang tertunggak. Malah turut dijamin pihak operasi memiliki modal kerja yang mencukupi untuk tempoh 12 bulan.
Maka pada prestasi itu, AAX turut akan bertindak memohon lanjutan tempoh dari Bursa untuk kemukakan pelan penyusunan semula operasi mereka selama 3 bulan sehingga 28 Oktober 2023 sekiranya tidak meraih kelulusan Bursa berhubung cadangan pelepasan.
Buat pengetahuan umum PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah aturan status ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang berdepan masalah isu kewangan. Penyenaraian ini berisiko menyebabkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
- Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
- Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan