Artikel

Grab Rancang Beli Trans-Cab, Syarikat Teksi Ketiga Terbesar Singapura

Grab, firma teknologi Asia Tenggara kini dimaklumkan merancang mengambil alih pengendali teksi Trans-Cab iaitu peneraju ketiga terbesar di Singapura dengan nilai anggaran S$100 juta. 

Mengikut makluman, peralihan itu dijangka dimuktamatkan pada minggu ini dan berpotensi diselesaikan pada suku keempat tahun ini, sekiranya kelulusan pengawal selia diraih pihak pengurusan. 

Berdasarkan tindakan itu, disasarkan Grab akan mendapat manfaat denganmengendalikan pengurusan libatkan 2,200 unit teksi serta lebih 300 kenderaan sewa persendirian yang dimiliki Trans-Cab. 

Bagaimanapun menurut kemas-kini laporan Reuters, Grab mengesahkan jumlah angka pembelian tersebut tidak seperti apa yang dianggarkan. Namun tidak memperincikan lanjut berhubung kenyataan tersebut. 

Melalui peralihan ini, dijangka ia akan mengukuhkan lagi persaingan Grab dalam pasaran pengangkutan serantau.