Artikel

Perdagangan Malaysia Merosot, Jatuh 16.3% Kepada RM222.1 Bilion – DOSM

Aliran perdagangan negara kini menunjukkan penyusutan pada Jun 2023, dengan kejatuhan 16.3% kepada RM222.1 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini mendapati situasi tersebut mengambil kira kesan penurunan prestasi import dan eksport yang menurun dua angka, dengan eksport susut 14.1% dan import susut 18.9% bagi data tahun ke tahun.

Sementara lebihan dagangan pula berkembang 11.3% atau RM2.6 bilion kepada RM25.8 bilion.

Manakala untuk prestasi awal, bagi sepruh pertama 2023 ini – DOSM akui prestasi eksport, import, jumlah dagangan dan lebih dagangan negara telah mencatatkan kecatuhan berbanding 6 buln pertama pada 2022. Di mana secara terperinci, eksport turun 4.5% kepada RM703.3 bilion, manakala import susut 4.7% dan jumlah dagangan susut 4.6% diikuti lebihan dagangan merosot 3.6%.

Berkenaan rakan dagangan utama pula, China kekal menjadi peneraju pada segmen ini dengan aliran eksport bersama Malaysia RM16.8 bilion (menurun 8%), dan import pula RM9.3 bilion (menurun 24.1%). Diikuti Singapura dengan aliran eksport RM21.1 bilion, import RM11.8 bilion dan AS pula eksport RM13.6 bilion dan import RM6.6 bilion.