Prestasi suku kedua Tesla kini memaparkan peningkatan 20% pada perolehan pendapatannya $2.7 bilion, susulan berlakunya peningkatan pada struktur jualan kereta yang lebih tinggi. Bagaimanapun kenaikan ini didorong berikutan penawaran harga unit kenderaan yang lebih rendah.
Perolehan ini turut dicetuskan hasil usaha Tesla mengurangkan kos operasi mereka di Texas dan Jerman.
Meskipun akui margin keuntungan jatuh dari suku sebelumnya, namun keputusan tersebut masih mengatasi anggaran penganalisis tatkala berdepan kesukaran persekitaran makroekonomi semasa.
Selain peningkatan itu, berbeza pula dengan saham Tesla yang kini diperhatikan alami sedikit penyusutan 4% selepas kekal tidak berubah dalam papan dagangan setelah laporan pendapatan ini dikongsikan operasi.